Monday 6 August 2012

Nuzul Al-Quran

assalamualaikum. harini sudah 17 hari kita berpuasa dan harini merupakan hari Nuzul Al-Quran. mari kita singkap secara ringkas sejarah Nuzul Al-Quran ini.
Hari Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW dan seterusnya secara berperingkat sehingga lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. peristiwa penting ini berlaku pada malam jumaat, 17 Ramadhan tahun ke41 selepas kelahiran baginda ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira'. Al-Quran merupakan mukjizat terbesar baginda mana ianya memberi makna yang sangat besar kepada seluruh umat Islam terutamanya bagi mereka yang serius merungkai rahsia al-Quran. ayat al-Quran yang mula2 diterima oleh Nabi Muhammad SAW  daripada Allah melalui perantaraan malaikat Jibril ialah 5 ayat pertama surah al-Alaq.





marilah kita sama2 banyakkan membaca al-Quran terutamanya dalam bulan mulia ni kan. kalu boleh khatam lagi bagus. renung2kan dan selamat beramal. :)

No comments: