Monday 10 September 2012

kembali.

assalamualaikum. new post sal kembalinya aku ke USM sebagai pelajar kursus pendidikan khas bagi tahun2 sem3. azam baru sidang baru nih, tanak g kelas lambat. hopefully berterusan sampai ke akhirnya lah. semoga perjalanan kehidupan aku dipermudahkanNya. aamiin.

#peacenowar v(^.^)v

Wednesday 15 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :)

Assalamualaikum.
di kesempatan ini aku dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin. jemputlah datang beraya ke rumah ye. :)


Tuesday 14 August 2012

sakit datang menjengah,

assalamualaikum.
oh. gigi aku sakit derr, gusi aku bengkak. sakit ni lama2 sekali datang menyerang. dentist cakap tempoh gigi bongsu nk tumbuh sepenuhnya amek masa 2 @ 3 tahun gak. ni dah setahun lebih aku merana bila sakit tu datang. adoiii. hurm. ada sekali tu sakit yg paling kritikal aku rasa, gusi bengkak sampai muka2 aku pun bengkak. mmg teruk kot time tu, nak bercakap pun susah. dugaan Allah. so sabar jelah. hurmm. setelah sekian lama, sakit tu datang balik. ya Allah, jangan lah bengkak time skrg, raya da dekat kot. tak syoklah kalu sakit skrg nih. sobsobsob T_T








Thursday 9 August 2012

minor oh minor

assalamualaikum.
taktau nak mula cane lah. but seriously i feel very bad rite now. its all because of MINOR. urghhhhh. stress!!! tu la. tak plan dulu subjek pe nak mek each sem. kan dah jadi masalah sekarang ni. padan muka kau aini! huh. haaa. yela2, salah aku kan. mmg salah aku pun. hurmm. so pas tanya senior spec. edu yang mek minor english gak. dpt feedback yang membantu la. sbb kakak tu pun alami apa yg aku alami sekarang nih. kena mek course lain dulu utk cukupkan unit untuk sem3 ni. kalu tak rugi katanya. pastu sem4 nanti mek 2paper sekali untuk minor tu. kalu la aku tau paper pengantar tu di offer masa sem2 setiap sidang, aku amek dah sem lepas. haih. nyusahkan betul. mana taknya suma cakap paper untuk minor hanya boleh amek masa tahun2. urghhh. okay. sekarang nih kena ikot nasihat kakak senior tu lah. amek pgt 303 tuuuuu. sorang2. omoooo. forever alone la aku. lantak lah janji aku boleh amek minor yang aku nak. hurmmm. seriously, aku stress kot fikir sal ni. sakit kepala ni tak hilang2 since semalam. makan ubat pun tak hilang jugak. pape pun, aku berdoa semoga Allah mempermudahkan urusan aku. insyaAllah. kaylah, nak tido. kbye

Wednesday 8 August 2012

navy vs army = kakak vs adik

assalamualaikum.
nak share je a few gambar aku n adik aku. aku join Navy kat USM and adik aku belajar kat RMC/MTD sekarang nih. :)














thats all for now. bye

Tuesday 7 August 2012

:)

assalamualaikum. 
harini dah masuk hari ke 19 kita berpuasa. sedar tak sedar kita dah berada di penghujung fasa ke2 ramadhan dan kita bakal melangkah masuk ke fasa terakhir ramadhan iaitu itqun minan-naar atau keselamatan dari api neraka. dalam fasa terakhir ni, sama2lah kita memperbanyakan amal ibadat kepada Allah dan minta pengampunanNya diatas segala dosa yang pernah dilakukan selama ni. semoga kita terselamat dari seksaan api neraka. pastu sama2lah kita mencari malam lailatulqadar, semoga kita menemuinya. insyaAllah. 

ehm. tadi bercerita pasal fasa terakhir ramadhan. sekarang nak citer sal persiapan raya lak. korang dah beli kelengkapan raya belum? baju raya? kasut raya? handbag raya? apa lagi eh......haaaa. kuih raya? suma2 la sal raya kan. aku nye suma dah ready, tinggal nak pakai je nanti. haha. semangat kot. macam tahun2 lepas jugak, family aku de warna tema. this year adik aku yang pilih dan warna yang dia pilih is turquoise. cantik kot warna tu. tahun lepas aku beli baju siap but this year aku tempah kebaya. cantik ke tak kalu aku pakai kebaya tu taktau la. haha. tengok je lah nanti. pastu2, kasut raya lak aku beli wedges 3inci. almaklumla tinggi aku dah takley bertambah dah kan, so cara nak tambahkan ketinggian hanya dengan pakai kasut tinggi2 lah.. haha. pastu boleh jugak digunakan untuk ketuk budak sengal. hahaha :P kuih raya lak suma ibu aku beli, cuma aku nak buat kek lapis pelangi kot. hopefully jadilah kan. 
okay. cukup lah tu cerita aku. takley share lebih2. kang ada yang jeles.:P haha. kbye :)

hentikannya !

Assalamualaikum.
KAMI SAF KEPIMPINAN PERSATUAN ILMU PENDIDIKAN 2012/2013 MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA KEKEJAMAN TERHADAP UMAT ISLAM ROHINGYA.

SEMOGA ALLAH SWT BERSAMA MEREKA.



Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Jadi, luangkan sedikit masa dan rajinkan diri membaca untuk mengambil tahu isu ini. Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Semoga kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar supaya segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Kita mesti bertindak tegas jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan. Kekejaman regim tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya di Myanmar mesti dihentikan!!!!


"Be Heard, Be Seen, Be Counted"

AINI SYAZWANI BINTI AZMAN,
Exco Jaringan Luar dan Dana,
Persatuan Ilmu Pendidikan.

Monday 6 August 2012

susun jadual. :)

assalamualaikum. entri ke3 aku untuk harini. ahaha. takde keja cari keja kan.
kali ni entri aku pasal jadual untuk sem3. baru susun untuk kuliah n kelas lsp. macam banyak kosong je kan. mana taknye, tutorial tak masukkan lagi pastu minor takley daftar lagi untuk sem nih. hoho

nilah jadual aku. bagi mereka yang jadual penuh tu. mohon jeles ye. haha :P

do i know you?

assalamualaikum.
aku nak tanya kat korang yang baca post aku nih kot2 korang kenal dua number nih. >
 1. 0179334135
 2. 0195023552
kalu ada yang kenal tolong roger aku eh. bukan apa, aku nak tau je sapa la tuan punya number nih. aku tanya tapi duk maen2 suh teka bagai. takda masa nak layan lah. buang kredit aku ja.

Nuzul Al-Quran

assalamualaikum. harini sudah 17 hari kita berpuasa dan harini merupakan hari Nuzul Al-Quran. mari kita singkap secara ringkas sejarah Nuzul Al-Quran ini.
Hari Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW dan seterusnya secara berperingkat sehingga lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. peristiwa penting ini berlaku pada malam jumaat, 17 Ramadhan tahun ke41 selepas kelahiran baginda ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira'. Al-Quran merupakan mukjizat terbesar baginda mana ianya memberi makna yang sangat besar kepada seluruh umat Islam terutamanya bagi mereka yang serius merungkai rahsia al-Quran. ayat al-Quran yang mula2 diterima oleh Nabi Muhammad SAW  daripada Allah melalui perantaraan malaikat Jibril ialah 5 ayat pertama surah al-Alaq.





marilah kita sama2 banyakkan membaca al-Quran terutamanya dalam bulan mulia ni kan. kalu boleh khatam lagi bagus. renung2kan dan selamat beramal. :)

Sunday 5 August 2012

love this song. ♥



p/s dear someone. i like you. :)

kembali

assalamualaikum.
sedar tak sedar dah hampir setahun aku tak update kan. sebuk menaip assignment je sampai malas nak menaip kat sini.  aku ngah cuti sekarang ni, oleh sebab takde keja kan aku buka la balik blog nih. bersawang teruk lah, penat aku kemas. ahaha. nantilah aku share apa2 yang boleh dishare kat sini sepanjang setahun aku menyepi. tu jela kot. kbye.

blur