Tuesday 7 August 2012

hentikannya !

Assalamualaikum.
KAMI SAF KEPIMPINAN PERSATUAN ILMU PENDIDIKAN 2012/2013 MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA KEKEJAMAN TERHADAP UMAT ISLAM ROHINGYA.

SEMOGA ALLAH SWT BERSAMA MEREKA.



Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Jadi, luangkan sedikit masa dan rajinkan diri membaca untuk mengambil tahu isu ini. Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Semoga kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar supaya segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Kita mesti bertindak tegas jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan. Kekejaman regim tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya di Myanmar mesti dihentikan!!!!


"Be Heard, Be Seen, Be Counted"

AINI SYAZWANI BINTI AZMAN,
Exco Jaringan Luar dan Dana,
Persatuan Ilmu Pendidikan.

2 comments:

ezzati hamid said...

wey ak dh buat cbox . hg pon buat la juak . just tekan dekat cbox aku tu pastu register . siap :)

Aini Wany said...

okay mekk. hewhew