Wednesday, 8 August 2012

navy vs army = kakak vs adik

assalamualaikum.
nak share je a few gambar aku n adik aku. aku join Navy kat USM and adik aku belajar kat RMC/MTD sekarang nih. :)














thats all for now. bye

Tuesday, 7 August 2012

:)

assalamualaikum. 
harini dah masuk hari ke 19 kita berpuasa. sedar tak sedar kita dah berada di penghujung fasa ke2 ramadhan dan kita bakal melangkah masuk ke fasa terakhir ramadhan iaitu itqun minan-naar atau keselamatan dari api neraka. dalam fasa terakhir ni, sama2lah kita memperbanyakan amal ibadat kepada Allah dan minta pengampunanNya diatas segala dosa yang pernah dilakukan selama ni. semoga kita terselamat dari seksaan api neraka. pastu sama2lah kita mencari malam lailatulqadar, semoga kita menemuinya. insyaAllah. 

ehm. tadi bercerita pasal fasa terakhir ramadhan. sekarang nak citer sal persiapan raya lak. korang dah beli kelengkapan raya belum? baju raya? kasut raya? handbag raya? apa lagi eh......haaaa. kuih raya? suma2 la sal raya kan. aku nye suma dah ready, tinggal nak pakai je nanti. haha. semangat kot. macam tahun2 lepas jugak, family aku de warna tema. this year adik aku yang pilih dan warna yang dia pilih is turquoise. cantik kot warna tu. tahun lepas aku beli baju siap but this year aku tempah kebaya. cantik ke tak kalu aku pakai kebaya tu taktau la. haha. tengok je lah nanti. pastu2, kasut raya lak aku beli wedges 3inci. almaklumla tinggi aku dah takley bertambah dah kan, so cara nak tambahkan ketinggian hanya dengan pakai kasut tinggi2 lah.. haha. pastu boleh jugak digunakan untuk ketuk budak sengal. hahaha :P kuih raya lak suma ibu aku beli, cuma aku nak buat kek lapis pelangi kot. hopefully jadilah kan. 
okay. cukup lah tu cerita aku. takley share lebih2. kang ada yang jeles.:P haha. kbye :)

hentikannya !

Assalamualaikum.
KAMI SAF KEPIMPINAN PERSATUAN ILMU PENDIDIKAN 2012/2013 MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA KEKEJAMAN TERHADAP UMAT ISLAM ROHINGYA.

SEMOGA ALLAH SWT BERSAMA MEREKA.



Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Jadi, luangkan sedikit masa dan rajinkan diri membaca untuk mengambil tahu isu ini. Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Semoga kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar supaya segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Kita mesti bertindak tegas jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan. Kekejaman regim tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya di Myanmar mesti dihentikan!!!!


"Be Heard, Be Seen, Be Counted"

AINI SYAZWANI BINTI AZMAN,
Exco Jaringan Luar dan Dana,
Persatuan Ilmu Pendidikan.

Monday, 6 August 2012

susun jadual. :)

assalamualaikum. entri ke3 aku untuk harini. ahaha. takde keja cari keja kan.
kali ni entri aku pasal jadual untuk sem3. baru susun untuk kuliah n kelas lsp. macam banyak kosong je kan. mana taknye, tutorial tak masukkan lagi pastu minor takley daftar lagi untuk sem nih. hoho

nilah jadual aku. bagi mereka yang jadual penuh tu. mohon jeles ye. haha :P

do i know you?

assalamualaikum.
aku nak tanya kat korang yang baca post aku nih kot2 korang kenal dua number nih. >
 1. 0179334135
 2. 0195023552
kalu ada yang kenal tolong roger aku eh. bukan apa, aku nak tau je sapa la tuan punya number nih. aku tanya tapi duk maen2 suh teka bagai. takda masa nak layan lah. buang kredit aku ja.